CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, August 10, 2011

Tempahan dari Nuzu

Minggu lepas,saya terima sms dari seseorang yang nak order coklat untuk suaminya..
Sembang2 rupa-rupanya dia ni satu sekolah dengan saya dulu kat SMKA Tok Jiring. Kami tak berapa rapat sebab berlainan kelas....
Alhamdulillah,silaturrahim dah kembali bertaut...

Semoga Nuzu berpuas hati dengan tempahan ini...
Coklat ni saya pos ke Gemas,Negeri Sembilan...

 Untuk suaminya..


Coklat ketupat juga diorder oleh Nuzu..

Terima kasih banyak2 yer Nuzu!

Wednesday, August 3, 2011

Coklat Bubble Rice

Sempena Hari Lebaran!
Sajikan para tetamu anda dengan bubble rice@bertih beras yang bersalut coklat lazat!
Pasti memikat setiap yang merasainya.
Jangan tunggu lagi!



 Sebelum dikeraskan di dalam peti sejuk..



Siap dihidangkan kepada para tetamu anda...



Harga : RM22 (50 pieces)


Tuesday, August 2, 2011

Coklat Ketupat

Salam Ramadhan semua..
Sajikan tetamu2 anda di Hari Lebaran nanti dengan coklat berbentuk ketupat..
Sempena Hari Raya Aidilfitri!!


 Bentuk ketupat yang comel..


Boleh juga dihadiahkan kepada sanak saudara @ kawan2 anda..

Promosi sempena bulan Ramdhan!

Hanya RM 0.50 sebiji
(tidak termasuk packing bekas cantik)

Saturday, July 30, 2011

Coklat Huruf A-Z

Salam semua...
Kali ni saya nak memperkenalkan produk baru dari Mila's Chocolate
Coklat huruf ni sebenarnya saya beli untuk buat wording atas coklat
Tapi bila saya buat jualan di sekolah pada hari 1Murid 1 Sukan,terfikir pulak untuk jual coklat huruf ni sebiji-sebiji..Alhamdulillah,dapat sambutan yang sangat2 menggalakkan..
Budak2 kan,seronok tgok huruf2 ni..


Huruf A-Z


Ini yang saya buat untuk jualan hari sukan baru2 ni..



4 huruf = RM1.00 sahaja


Boleh request apa2 warna..
Boleh beli untuk semua huruf A-Z dalam satu bekas
Lebih MURAH!!!

Satu bekas 
26 huruf (A-Z)
RM6.00 sahaja

Order Siti Ammalda buat suami

Alhamdulillah,dapat jugak saya siapkan permintaan dari Siti Ammalda yang sms saya semalam dan minta nak coklat hari ni untuk besday suaminya..
Harap beliau berpuas hati...

Saya buat yang simple saja,lagipun untuk suami kan.. tak sesuai kalau colourful sangat..


Pandangan hadapan...
Terima kasih banyak2...laian kali boleh order lagi...

Sunday, July 24, 2011

Order Puan Rabiah untuk Yunura

Tempahan kali ni saya terima daripada Puan Rabiah untuk dipos kepada anaknya sempena 
hadiah hari lahirnya.
Beliau pernah membuat order coklat pada awal tahun ini di sini.
Terima kasih sekali lagi kak.
Harap akak suka ya..


Saya letak coklat oreo bergambar di tepi tu. Buat kelainan sikit,.


Terima kasih kak..
Selamat hari jadi YUNURA...

Friday, July 22, 2011

Oreo Bergambar

Oreo bergambar ni order dari Kak Ti,yang request tuk dibawa pulang ke Kuching sebagai buah tangan untuk anak-anaknya..

Gambar pelbagai..


10 biji oreo bergambar


Siap dipacking

Harga: RM2.50 sebiji
Minimum order: 10 biji

Order mestilah dibuat terlebih awal untuk memastikan gambar2 ini berada dalam stok saya.
Atau boleh request untuk mana2 gambar yang disukai.