CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, October 12, 2011

Happy Birthday 11th Esther Hii

Order ni saya terima dari cikgu yang satu sekolah dengan suami saya.
Dia nak bagi present untuk anak kawannya.
Beliau dah tulis semua bentuk dan jenis coklat yang diinginkan
jadi ini memudahkan kerja saya..

Harap berpuas hati yer...


Corak strawberry..


Pandangan depan


Keseluruhan..Alhamdulillah dapat disiapkan dengan baik.


DJ Terbaeek!!!



Coklat ni diorder oleh Kak Ummu untuk adik angkatnya yang bertugas sebagai DJ radio.
Coklat ini dihadiahkan sempena hari jadinya.


Coklat ini disertakan dengan 2 batang lolichoc.

Harga : RM 18 (termasukwording)

Monday, October 10, 2011

Selamat Bertunang ADLIEZA

Order ini dari Kak Zaira di Sibu
Beliau request untuk majlis pertunangan kakaknya
Coklat ini akan dipos ke Terengganu
Beliau minta tema pink dan putih 

 Pandangan depan..


 Pandangan depan..


 Dalam kotak dah...




Semoga pertunangan ADLIEZA kekal hingga ke jinjang pelamin,,,Amin,,,,



Sunday, October 9, 2011

Happy Wedding Day Izan & Fami

Coklat ni saya buat khas untuk roomate saya masa kat Maktab Perguruan Islam dulu,
Norizan Bt Tahir

Alhamdulillah,beliau selamat melangsungkan perkahwinannya dengan pilihan hatinya..

Jadi,coklat ni khas untuk Kak Izan!


 Selamat Pengantin Baru Izan & Fami


 Kak Izan nak tema warna pink & purple.
Harap suka ya!



Semoga ikatan perkahwinan ini kekal berpanjangan selama-lama, ameennn....


Order dari Tia Asliana

Order ini saya terima dari Tia dari Kuching,Sarawak..

Terima kasih kepad Tia kerana sudi menunggu kerana saya lewat megepos coklatnya disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan...

Tia order set bajet


 Tia nak yang milk coklat semua,,saya letak warna putih untuk bagi naik seri sikit..:)



Terima kasih ya Tia,nanti boleh promote kat kawan2...


Sunday, October 2, 2011

My First Giveaway


Salam semua..

Siapa nak coklat free???
Angkat tangan!
Alhamdulillah sudah setahun Mila's Chocolate bertapak..
Rezeki Allah sentiasa ada,,
Syukur atas nikmatMu Ya Allah...

Dengan ini,saya dengan berbesar hati ingin menganjurkan giveaway@ contest sempena setahun perjalanan
 Mila's Chocolate..

Syarat-syaratnya senang sahaja:

1) Jadi follower di Mila's Chocolate

2) Buat entry mengenai giveaway ini dengan tajuk Mila's Chocolate Giveaway 2011 dan jangan lupa masukkan logo giveaway. Tak perlu tulis panjang-panjang. Cuma tulis


Saya nak menang Coklat!!!

3) Copy logo giveaway  di sidebar blog anda dan link balik ke blog saya.





3) Tinggalkan komen di sini berserta link entry dan e-mel.


4) Bagi yang tiada blog,tak perlu risau yer..Just jadi follower dan tinggalkan komen anda di bawah entry ini  beserta emel.


5) Tarikh tutup giveaway pada 15 Oktober 2011.


6) Pemenang akan dipilih melalui undian.


Hadiahnya?




1)Hadiah Utama


 Sekotak coklat yang mengandungi 12 biji coklat  dalam kotak yang cantik!
(corak dan warna ditentukan oleh Mila's Chocolate)




2) Hadiah kedua


Coklat 9 biji dalam kotak gold yang menarik

(corak dan warna ditentukan oleh Mila's Chocolate)


Jadi apa tunggu lagi? Mungkin rezeki anda..

Selamat mencuba!!



Friday, September 2, 2011

Coklat Ketupat Hari Raya

Alhamdulillah..ini agmabar2 tempahan coklat ketupat yang saya terima bulan Ramadan ini. Syukur atas rezeki Allah di bulan yang mulia ini...


Separuh yang siap...antaranya tempahan dari guru2 SK Bandaran Sibu No 3..



 Siap disusun dalam kotak..untuk dibawa ke sekolah...



Coklat ketupat dalam bekas special container beserta riben..