CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 1, 2017

Jualan Hari Sukan


Hari Sukan di sekolah saya bulan April lalu.
Banyak jugak gerai yang berjual macam2 makanan.
Alhamdulillah saya pun join jugak untuk jual Choc.

Choc dengan budak memang sinonim la kan.
Duit jualan akan diberikan sedikit keuntungan pada Kelab Guru.


Pembantu jualan. Saya sibuk dengan murid kat padang.



Choc Oreo




Choc huruf




Ni yang paling laku,,lolicoc smile rm1 jer
sold out lolichoc ni



Wednesday, September 20, 2017

Mila's Chocolate kembali!

YA Allah lamanya saya meninggalkan blog ni. Hampir 5 tahun.
Setelah pindah balik ke semenanjung, bekas2 coklat duk bersarang je dalam kotak kat belakang.

Satu hari saya buat keputusan untuk let go semua mould (acuan) coklat. 
Maka terjual la beberapa mould tu. Tiba2 tergerak hati nak buat semula coklat.

Dan coklat pertama saya buat untuk tahun ni ialah coklat sempena Persaraan Puan Guru Besar sekolah saya, Puan Hajah Che Wa Binti Saad.


Coklat yang saya buat untuk Puan Hajah




Lama dah tinggal buat coklat, kena asah balik skill.



Friday, May 25, 2012

Hari Guru 2012

Coklat Hari Guru ni diorder oleh Kak Radiah dan 2 lagi kawannya sempena pertukaran hadiah hari guru.
Jadi 3 kotak semuanya yg saya buat..
Inilah hasilnya!


Versi warna pink...

Siap di dalam box


Siap!

Harap semuanya berpuas hati.

Harga : RM25 sekotak

Sunday, January 1, 2012

Coklat Untuk Suami

Alhamdulillah,setelah sebulan Mila's Chocolate tutup..Inilah order yang pertama untuk tahun 2012.
Order ini daripada Ustazah Noraina yang sama sekolah dengan suamiku...


Coklat untuk suaminya





TQ banyak2 ya...


Masih tercari-cari hadiah untuk yang tersayang?

Happy New Year 2012


Selamat Tahun Baru 2012
Alhamdulillah Allah masih memberi nafas kepada kita semua untuk menjalani hidup di muka bumi ini..
Syukur atas nikmatnya...

Mila's Chocolate mengucapkan terima kasih kepada semua insan2 yang berdiri di belakang Mila's Chocolate sepanjang tahun 2011..

Semoga Mila's Chocolate akan bertambah maju pada tahun ini dan tahun2 akan datang dengan izin dariNya...


Thursday, November 24, 2011

Selamat Pengantin Baru Maslyn & Faizam

Coklat ni saya buat special buat kawan lama saya masa dia jadi guru sandaran sekejap di SK Abang Ali..
Maslyn @ Lyn dah ijabkabul pada bulan 6 lalu..
Tapi kenduri nya akan dilangsungkan pada 27 November ni..
Tak dapat la saya pegi sebab dah balik semenanjung kan..


Special buat Lyn dan suami tercinta..


Last minute buat ni sebelum bercuti...


Harap pasangan pengantin sudi terima coklat ni...


Moga hubungan Lyn & Suami berkekalan hingga ke akhir hayat...


Ini pengantinnya...

Minta izin copy gambar yer Lyn...^^

Wednesday, November 23, 2011

Selamat Pengantin Baru Quistina &Samsi

Coklat ni diorder oleh Kak C.t Mawarani sempena hadiah perkahwinan sahabat sekolah kami,Quistina & pasangannya,Samsi pada 19 Nov baru2 ni...
Saya dan kawan2 pun sempat menghadiri majlis beliau yang berlangsung di Dewan Suarah,Sibu..


Khas Untuk Qis & suami

Gabungan warna merah,kuning dan putih...


Harap Kak Mawarani berpuas hati...


Siap untuk dihadiahkan kepada pengantin...



Tahniah kepada Qis dan suami!
Semoga hubungan kalian berkekalan selamanya....